Zaiton Abdullah
Zaiton Abdullah

Zaiton Abdullah

Zaiton Abdullah (lebih dikenali sebagai Zaiton), adalah seorang seniwati filem Melayu yang berbakat pada era 1950-an hingga 1960-an. Beliau adalah heroin filem seangkatan dengan Hashimah Yon, Latifah Omar, Roseyatimah dan Sarimah.Beliau dilahirkan pada 2 April 1937 dan berasal dari Changi, Singapura.Filem Hang Tuah (1955) telah berjaya melonjakkan nama beliau di persada perfileman Melayu. Namanya menjadi sebutan ramai dan wajah Zaiton sering menghiasi akhbar dan majalah pada zaman itu. Menerusi filem tersebut beliau telah memenangi anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Festival Filem Asia Pasifik ke 3 pada 1957. Tetapi, beliau seperti tenggelam dalam dunia perfileman Melayu apabila sekumpulan pelakon Melayu yang diketuai oleh P. Ramlee berpindah ke Kuala Lumpur dari Singapura pada lewat 1960-an.Satu perkara yang menarik ialah pada September 1958, beliau menjadi satu-satunya artis Melayu yang dipilih mewakili Malaysia dan Singapura ke Pacific Festival yang berlangsung di San Francisco, California. Beliau diberi peluang memperkenalkan budaya Melayu kepada masyarakat dunia pada masa itu. Zaiton membuat kemunculan semula menerusi filem Kacha Permata dan Aksi Kucing pada tahun 1966 dan cemerlang menerusi filem blockbuster era 60-an iaitu Raja Bersiong pada tahun 1968. Sejak 1970-an Zaiton mula bersara dari bidang lakonan dan hanya membuat kemunculan istimewa di majlis-majlis keraian artis-artis veteran. Beliau diakui sebagai salah seorang primadona filem terunggul era 1950-an dan 60-an dengan kecantikan semula jadi yang seiring dengan bakat biarpun hanya 10 tahun bergiat aktif di dalam industri perfileman.

Zaiton Abdullah

Pasangan Abdullah Hussein
Anugerah Festival Filem Asia ke-3 - Pelakon Pembantu Terbaik (Hang Tuah)
Anak 5
Tahun aktif 1955–1968
Nama lain Zaiton
Terkenal kerana Bujang Lapok
Anakku Sazali
Warganegara  Singapura
Kelahiran Zaiton Abdul Hamid
(1937-04-02) 2 April 1937 (umur 82)
Changi Road, Singapura